http://ift.tt/2ozGECg
KEADAAN kereta mangsa yang dipercayai terlanggar bahagian tayar belakang sebuah treler yang tercabut dalam kemalangan di Jalan FELDA Kahang Barat-Kluang, petang tadi. – Foto ihsan PDRM
BAHAGIAN tayar belakang sebuah treler yang tercabut di Jalan FELDA Kahang Barat-Kluang, petang tadi.
KLUANG: Seorang warga tua maut manakala anak perempuannya parah apabila kereta dipandu anaknya itu dipercayai terlanggar bahagian tayar belakang sebuah treler yang tercabut dalam kemalangan di Jalan FELDA Kahang Barat-Kluang, petang tadi.
Dalam kejadian pada jam 4.45 petang itu, mangsa Zaharah Abu, 62, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut serta-merta di lokasi akibat parah.
Anak perempuannya, Julieza Parman, 23 yang memandu kereta PERODUA Myvi berkenaan pula parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang (HEBKK)
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata kemalangan ketika mangsa bersama anak perempuannya menghala balik ke rumah mereka di FELDA Kahang Timur.
“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah treler yang membawa muatan sawit dan berada di hadapan kereta mangsa tiba-tiba mengalami masalah gegaran tayar yang menyebabkan tayar di bahagian belakang treler berkenaan tercabut sebelum ia terbabas memasuki arah bertentangan.
“Malangnya kereta dipandu anak perempuan tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian tayar treler berkenaan yang tercabut itu.
“Ibu mangsa disahkan meninggal serta-merta di lokasi kejadian manakala anak perempuannya kini berada dalam keadaan parah dan masih dirawat di HEBKK,” katanya.
Mohamad berkata, kes berkenaan masih disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) (A)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BHarian
April 22, 2017 at 09:18PM
from
No comments:
Post a Comment