Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Saturday, April 22, 2017

Potong Kaki: Coretan Buku Latihan Dedah Pelajar Tertekan, Sering Dipukul

http://ift.tt/2ozXQY7
Thaqif luah perasaan dalam buku latihan

Mahu pindah asrama kerana sering dipukul warden

 
resim

Gambar coretan buku latihan Thaqif adalah ihsan saudaranya. FAIL HM Digital

resim

Johor Bahru: Murid yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meluahkan perasaan dan doa dalam buku latihan supaya dipindahkan daripada asrama itu.

Saudara murid itu yang enggan dikenali, berkata perkara itu hanya diketahui keluarga selepas membelek buku latihan Thaqif yang dibawa pulang apabila berhenti dari sekolah tahfiz itu.

Menurutnya, dalam nota itu, Thaqif menulis seolah-olah dia dalam keadaan tertekan.

Selain itu, Thaqif juga bagaikan dibuli selain menceritakan ditumbuk tanpa sebab, dipaksa mencuci talam dan cawan walaupun bukan gilirannya.

Lebih menyedihkan, katanya, Thaqif berdoa supaya ibu dan bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana berasakan tidak selesa lagi di madrasah itu.

Sementara itu, ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata anak ketiga daripada lima beradik itu mendaftar masuk ke madrasah itu pada 27 Januari lalu.

Katanya, memang pada mulanya Thaqif nampak gembira dapat belajar di sekolah itu.

Bagaimanapun, dia mula berubah dan meminta dipindahkan kerana mendakwa sering dipukul, sejak kebelakangan ini.

“Thaqif mendakwa sering dipukul di tapak kaki dan betis ketika sujud oleh pembantu warden asrama berkenaan.

“Melihat dia dalam keadaan sedih dan seolah-olah takut kembali ke sekolah, saya kemudian mengeluarkannya dari madrasah itu, pada 31 Mac,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, malangnya kesihatan Thaqif kian buruk dan membuatkan dia menghantar anaknya itu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan, Rabu lalu.

Katanya, kedua-dua kaki anaknya lebam dan bewarna merah sebelum doktor memberitahu terdapat darah beku dan jangkitan kuman merebak ke buah pinggangnya.

“Doktor memberitahu tidak dapat merawat kaki anak kecuali terpaksa melakukan pembedahan iaitu memotong kedua-dua kakinya supaya kuman itu tidak merebak.

“Kami membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram, pada 19 Mac lalu. Harap polis menjalankan siasatan terperinci,” katanya yang juga guru di Kota Tinggi. – Metro

April 22, 2017 at 09:18PM

http://ift.tt/2oUipSD

from

http://ift.tt/2oUipSD


No comments:

Post a Comment