http://ift.tt/2pNCdFE
Seorang askar melakukan tabik hormat dari atas sebuah kereta perisai semasa perarakan tentera menandakan ulang tahun kelahiran ke-105 daripada bapa pengasas negara Korea Utara Kim Il Sung di Pyongyang, semalam. – Foto REUTERS
SEOUL: Korea Selatan meningkatkan persiapan menjelang upacara ulang tahun penting di Korea Utara, dengan kelengkapan ketenteraan dikumpul di kedua-dua sempadan susulan kebimbangan mengenai ujian nuklear baru Pyongyang.
Korea Utara dilaporkan berkata, keadaan di semenanjung Korea amat bahaya kerana pergerakan perang nuklear Amerika Syarikat (AS) bertujuan menghina kedaulatan dan hak negara itu untuk terus wujud.
Pegawai AS berkata, pesawat pengebom China turut menunjukkan aktiviti lebih tinggi berbanding biasa, memberi petunjuk kemungkinan satu-satunya negara sekutu Korea Utara itu turut meningkatkan kesediaannya.
Beijing bagaimanapun menafikan pesawatnya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Di Russia, agensi berita RIA berkata, jurucakap Kremlin enggan mengulas laporan media kononnya Moscow menggerakkan persiapan tentera dan anggotanya ke sempadan dengan Korea Utara.
Pegawai AS dan Korea Selatan sebelum ini berkata, Korea Utara akan melancarkan satu lagi ujian nuklear dalam tindakan yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Korea Utara meraikan ulang tahun ke-85 penubuhan Tentera Rakyat Korea Selasa ini, sambutan penting yang dilakukan pada akhir latihan ketenteraan besar-besaran pada akhir musim sejuk.
Wakil dari AS, Korea Selatan dan Jepun dijangka bertemu Selasa ini, kata Kementerian Luar Korea Selatan, bagi membincangkan rancangan mengekang provokasi tahap tinggi Pyongyang, memaksimumkan tekanan ke atas rejim itu dan memastikan peranan membina China dalam menyelesaikan isu nuklear Korea Utara. – Reuters/BHarian
April 22, 2017 at 07:28AM
from
No comments:
Post a Comment