Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Sunday, May 28, 2017

Isu Muka Depan The Star, Kdn Akan Panggil Beri Penjelasan

http://ift.tt/2qwpDK9
resim
resim 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (tiga kiri) dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua kiri)dan Alwi (kanan) pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di Kuala Nerus, hari ini. FOTO GHAZALI KORI

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang The Star esok untuk memberi penjelasan terhadap muka depan akhbar berbahasa Inggeris itu yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap akhbar terbabit sekiranya tidak berpuas hati penjelasan yang diberikan.

“Kita amat dukacita dengan tindakan akhbar berkenaan memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat Terawih pada malam pertama Ramadan sambil tajuk muka depannya ‘Malaysian terrorist leader’.

“Atas sebab itu, esok kita akan memanggil ketua pengarang akhbar berkenaan untuk memberi penjelasan dan sekiranya jawapan diberikan tidak memuaskan hati, kita akan kenakan tindakan termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di Kuala Nerus, hari ini. – Metro

May 28, 2017 at 07:34PM

http://ift.tt/2qwdi8A

from

http://ift.tt/2qwdi8A


No comments:

Post a Comment