Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Saturday, April 22, 2017

Pemuda Parah Ditembak Dalam Kejadian Kejar Mengejar Di Bachok

http://ift.tt/2pOXLBX
resim

DIN menunjukkan Proton Waja yang terbabit dalam kejadian tembak di Kampung Permatang Pasir, Bachok. FOTO Nor Amalina Alias

Bachok: Lelaki parah di bahu kanan dipercayai terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Permatang Pasir, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun itu masih kritikal dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan telefon daripada orang kampung memaklumkan kejadian itu pada 3.45 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi dan menemui Proton Waja ditinggalkan dengan beberapa kesan pecah pada cermin dan bekas tembakan.

 

“Kita juga menemui empat kelongsong peluru di sekitar kereta itu. Mangsa yang tercedera itu pula dihantar orang kampung ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, sebelum kejadian tembak berlaku adegan kejar antara Proton Waja ini dengan Toyota Vios berwarna hitam.

“Tembakan dipercayai dilepaskan oleh individu berada di dalam kereta Toyota Vios,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Din berkata, mangsa menaiki Proton Waja turut menggunakan senjata parang dalam usahanya untuk menyelamatkan diri.

Katanya, turut menaiki Waja adalah dua lagi lelaki yang berjaya melarikan diri.

Menurutnya, Proton Waja itu adalah kereta curi berdasarkan laporan Kubang Kerian, bulan ini.

“Kita sudah mengenal pasti suspek yang menaiki Toyota Vios yang berkemungkinan dua ke tiga orang.

“Keterangan mangsa nanti diyakini dapat membantu menyelesaikan kes ini,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Metro

April 22, 2017 at 06:37PM

http://ift.tt/2p6Eg9W

from

http://ift.tt/2p6Eg9W


No comments:

Post a Comment