Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Saturday, April 22, 2017

Air Kopi Tapi Tidak Berwarna Kini Popular

http://ift.tt/2pNq2bQ
resim
resim

CLEAR Coffee kini menerima sambutan hangat dari seluruh dunia.

LONDON 21 April – Dua beradik dari United Kingdom (UK) mendapat perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan produk ‘kopi tanpa warna’ yang pertama di dunia.

Menurut portal Oddity Central, David dan Adam Nagy yang juga warga Slovakia telah menghasilkan minuman kopi dipanggil sebagai Clear Coffee yang kelihatan seperti air biasa.

Minuman tersebut dihasilkan daripada biji kopi Arabica berkualiti tinggi dengan campuran air tulen tanpa bahan pengawet, perasa tiruan, pemanis atau gula tambahan.

Uniknya, minuman kopi ter
sebut tidak akan meninggalkan kesan kuning pada gigi kepada penggemar minuman itu.

Adam berkata, mereka mengambil masa selama tiga bulan untuk memproses setiap botol kopi menggunakan kaedah ‘rahsia’ yang tidak pernah digunakan sebelum ini bagi mengekalkan perisanya selain memastikan minuman tersebut tidak berwarna.

“Seperti orang lain, kami juga mahu mengelakkan daripada mengalami masalah gigi seperti kesan kuning akibat minum kopi. Memang tiada apa di pasaran yang dapat membantu kami, sebab itu kami mencipta sendiri resipi air kopi tanpa warna ini.

“Kopi ini dibuat menggunakan proses fizikal unik dengan sejumlah kafein ditambah se
lepas kopi dibancuh bagi menge-
kalkan rasa segar dan aroma yang sangat tajam tanpa memerlukan campuran susu atau gula,” jelas Adam.

Kopi berkenaan kini hanya dijual di pasaran UK dan Slovakia dengan harga 5.99 pound (RM33.70) bagi setiap pek mengandungi dua botol kaca 200 mililiter tetapi boleh didapati secara dalam talian pada harga 20 pound bagi satu pek lima botol.

Pelanggan, bagaimanapun perlu menunggu selama empat minggu untuk mendapatkan produk tersebut kerana sambutan hangat diterima daripada penggemar kopi di seluruh dunia. – Utusan

April 22, 2017 at 07:28AM

http://ift.tt/2p5ryrS

from

http://ift.tt/2p5ryrS


No comments:

Post a Comment