Sunday, June 4, 2017

Rakyat Malaysia Perancang Utama Rampas Kereta Perisai Tentera Filipina

http://ift.tt/2qTa13p
 
resim

KUMPULAN Maute bersama kereta perisai yang dirampas di bandar Marawi.

Kuala Lumpur: Dua bekas pengikut Darul Islam Sabah (DIS) Mohd Amin Baco dan Jeknal Adil yang kini bersama Daish di Marawi, Filipina dilaporkan menjadi watak utama kejayaan kumpulan militan itu dalam merampas dua kereta perisai milik tentera.

Menurut sumber, dua kereta perisai dirampas kumpulan Maute hasil rancangan rapi disusun dua rakyat Malaysia itu dalam serang hendap yang dilakukan di Bandar Marawi, kelmarin.

“Kebanyakan tentera menguasai selatan Bandar Marawi. Kawasan lain masih dalam keadaan tegang dan dikuasai Maute.

“Pihak tentera kini banyak menggunakan serangan udara selepas kegagalan mereka masuk ke kawasan dikawal Maute. Selain itu, mereka juga menggunakan kereta perisai menyerang rumah ataupun premis dipercayai tempat persembunyian militan,” katanya.

Sumber sama berkata, disebabkan itu kumpulan Maute berusaha merampas kereta perisai berkenaan. – Metro

resim
resim

June 04, 2017 at 05:07AM

http://ift.tt/2qSWFEh

from

http://ift.tt/2qSWFEh


No comments:

Post a Comment