PASIR PUTEH 3 Jun – Polis masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasat berhubung punca kematian seorang pegawainya yang ditemukan maut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, setakat ini, kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
“Laporan bedah siasat belum dikeluarkan,” katanya yang enggan mengulas lanjut menerusi aplikasi WhatsApp kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 9.40 pagi kelmarin, pegawai berpangkat Inspektor, Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin, 29, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) ditemukan maut dengan satu kesan tembakan di dahi.
Mangsa ditemukan dalam keadaan terduduk di atas kerusi di pejabatnya manakala sepucuk pistol didapati masih berada di tangannya. – Utusan
June 03, 2017 at 07:44PM
from
No comments:
Post a Comment