Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Sunday, June 11, 2017

8 Maut Nahas Jempol: Pemandu Treler Ditahan

http://ift.tt/2rfnWG2
resim

BEBERAPA petugas hospital dan anggota bomba mengangkat mayat yang terlibat dalam kemalangan maut di Hospital Jempol malam ini. -UTUSAN/MOHD. IZZUL FARHAN AHMAD 

JEMPOL 11 Jun – Seorang pemandu lori treler yang terlibat dalam kemalangan meragut lapan nyawa di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong di sini petang tadi ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis daerah, Superitenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemandu berusia 44 tahun itu ditahan sejurus kemalangan dan saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.

“Lelaki itu mempunyai 15 tahun pengalaman sebagai pemandu dan hanya mempunyai satu saman kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

“Siasatan juga akan dilakukan oleh  Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) bagi mengesan sekiranya terdapat sebarang masalah teknikal pada treler itu kerana kenderaan itu dikatakan terbabas selepas dibrek,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Dalam kejadian pukul 2.20 petang tadi,  lapan orang maut dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Bahau-Keratong di sini.

Enam daripada mangsa rentung di dalam kereta Proton Exora yang terbakar selepas gagal mengelak treler terbabit.

Dua lagi melibatkan mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi yang cuba mengelak treler namun berlanggar dengan Toyota Vios.

Menurut Noorzainy,  pemandu treler terbabit tercampak keluar dari kenderaan itu dan turut memberitahu dia terdengar mangsa di dalam Proton Exora meminta tolong namun tidak dapat berbuat apa-apa.

Katanya lagi, polis masih menunggu waris keenam-enam mangsa yang rentung dalam kejadian itu untuk membuat pengecaman.

“Berdasarkan nombor plat pendaftaran kereta itu kita telah berjaya menghubungi waris mereka di Putrajaya.

“Mereka akan diminta membuat pengecaman mayat  dan sekiranya tidak berjaya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan,” katanya. – Utusan

resim

KEADAAN kemalangan yang membabitkan 4 kenderaan.

resim
resim
resim
resim
resim
resim

June 11, 2017 at 09:14PM

http://ift.tt/2rfcla6

from

http://ift.tt/2rfcla6


No comments:

Post a Comment