http://ift.tt/2pmD9QP
REDZA (duduk, kiri) menyampaikan tangan 3D kepada Md Zani dan Ahmad sambil diperhatikan Sujana (berdiri, kanan) di Farmasi Syifa Bestari.
Sungai Petani: “Kejadian berlaku ketika saya tidur di rumah dan apabila terjaga didapati tangan kanan sudah membengkak dan isinya juga semakin terlerai.”
Demikian kata pesara polis Md Zani Yob Abdul Rasid, 69, mengimbau peristiwa dia kehilangan tangan kanan akibat disengat tebuan tanah tiga tahun lalu.
Katanya, kejadian itu menyebabkan dia tertekan dan hampir berputus asa apabila doktor memutuskan tangannya terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman, malah hanya akur melakukannya selepas 12 hari dirawat di hospital selepas dipujuk anggota keluarga.
“Doktor memaklumkan tiada pilihan selain tangan saya terpaksa dipotong bagi mengelakkan kuman itu merebak ke kawasan lain.
“Saya akhirnya setuju meskipun sedih ketika itu kerana tidak lagi sempurna seperti sebelumnya. Alhamdulillah kini saya mendapat tangan baru dan berasa amat gembira,” katanya. – Metro
May 07, 2017 at 09:25AM
from
No comments:
Post a Comment