http://ift.tt/2rIIxlr
Keadaan isteri mangsa ketika dikelar oleh suaminya semalam manakala gambar kecil adalah lokasi kejadian di rumah mereka.
ALOR GAJAH – Seorang suspek lelaki warga emas yang bertindak mengelar isterinya di Taman Kejora, Tebong di sini petang semalam disahkan meninggal dunia selepas bertindak meminum sejenis cecair dipercayai racun.
Suspek, A. Savariappan, 65, disahkan meninggal dunia hari ini ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka manakala isterinya, A. Sinnamah, 65, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut adiknya, A. Phillips, 54, sebelum kejadian kakak iparnya sempat menelefon dalam keadaan menjerit-jerit memberitahu Savariappan seperti dirasuk dan bertindak agresif kira-kira pukul 6.55 petang.
“Semalam kakak ipar ada menelefon saya dalam nada takut mengadu abang bermundar-mandir dan kelihatan gelisah.
“Setiba di lokasi saya dapati kakak ipar saya telah dikelar manakala abang saya tidak sedarkan diri disyaki meminum racun sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka,” katanya.
Jelasnya, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga 45 tahun lepas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abd. Aziz berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek telah meminum sejenis cecair kimia selepas mengelar isterinya menggunakan pisau tumpul.
“Akibat itu dia telah disahkan meninggal dunia di hospital pagi ini, namun punca kejadian bagaimanapun belum diketahui dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 324/309 Kanun Keseksaan,” katanya. – Kosmo
May 27, 2017 at 01:16PM
from
No comments:
Post a Comment