KRED

Monday, May 15, 2017

Stesen Tv Berbayar Kedua Gulung Tikar

http://ift.tt/2qkszgf
resim

KUALA LUMPUR – Sebuah stesen televisyen berbayar kedua negara dipercayai telah menerima notis penutupan operasi daripada Mahkamah Tinggi.

Stesen televisyen yang beroperasi di Puchong itu dipercayai gagal melunaskan hutang-hutang kontraktor yang memperoleh tender daripada syarikat berkenaan.

Notis arahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi itu bermaksud syarikat berkenaan gulung tikar disebabkan masalah kewangan yang meruncing ekoran pentadbiran yang tidak memuaskan.

Menurut sumber, syarikat rangkaian kabel digital pertama Malaysia ini menerima notis arahan berkenaan pada 8 Mei lalu.

“Mahkamah Tinggi telah keluarkan notis gulung tikar sebab pihak syarikat tidak mampu bayar hutang dengan kontraktor. Contoh syarikat Sony yang membekalkan barang kepada A**, dan beberapa kontraktor lain,” demikian menurut sumber berkenaan.

Notis dua muka surat itu antara lain menyebut arahan berkenaan disebabkan stesen televisyen berkenaan gagal menjelaskan hutang yang dituntut oleh beberapa kontraktor yang membawa kes ini ke mahkamah berkenaan.

Syarikat itu memulakan operasinya pada 2012 sebelum bertindak memberhentikan seramai 60 pekerja bahagian beritanya ekoran tidak mampu membayar gaji kakitangan, dua tahun lepas.

Pencabar kepada rangkaian televisyen berbayar Astro itu dilaporkan telah membuat pinjaman sebanyak RM450 juta daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad namun gagal mengaut sebarang keuntungan sejak 2009. – MG

Quote:Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (514935-T)

2 Jalan Suria Puchong 6, Pusat Perniagaan Suria Puchong

47110 Puchong, Selangor, Malaysia

May 15, 2017 at 11:25PM

http://ift.tt/2qkBiz0

from

http://ift.tt/2qkBiz0