Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Saturday, May 13, 2017

Perceraian Paling Mahal Di Britain, Isteri Terima Rm2.5 Bilion

http://ift.tt/2r2XHSh
resim

Hakim Haddon-Cave

LONDON – Seorang bekas saudagar minyak yang meraih kekayaan dalam industri tenaga di Rusia diarah oleh seorang hakim mahkamah penceraian supaya membayar sebanyak £453 juta (RM2.5 bilion) kepada bekas isterinya, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Keputusan oleh Hakim Haddon-Cave susulan perbicaraan kes itu secara tertutup oleh Mahkamah Tinggi Bahagian Keluarga di London baru-baru ini.

Hakim berkenaan tidak mendedahkan nama mereka yang terlibat tetapi berkata, bilionair berusia 61 tahun itu dilahirkan di rantau Caucasus, manakala bekas isterinya berumur 44 tahun dan berasal dari Eropah Timur.

Penghakiman tersebut dipercayai merupakan penyelesaian perceraian terbesar pernah dianugerahkan di Britain.

Haddon-Cave berkata, lelaki itu bekerja di London sebagai saudagar minyak dan gas. Beliau amat berjaya dalam perdagangan sektor tenaga di Rusia.

Kira-kira lima tahun lalu, bilionair itu telah menjual sahamnya dalam sebuah syarikat di Rusia pada harga £1.01 bilion (RM5.65 bilion).

Beliau membelikan wanita tersebut barang kemas bernilai lebih £300,000 (RM1.7 juta) dan membenarkan dia menggunakan dua kad kredit tanpa had selain kebenaran untuk menaiki kapal layar, pesawat dan helikopter semasa mereka masih suami isteri. Saudagar itu juga mempunyai aset koleksi seni bernilai lebih £90 juta (RM502 juta) dan sebuah kereta Aston Martin berharga £350,000 (RM2 juta).

Hakim berkenaan berkata, koleksi seni dan kereta tersebut akan ditukarkan hak milik kepada wanita berkenaan sebagai pembahagian harta sepencarian.

Wanita itu merupakan seorang ibu dan suri rumah tangga sepanjang 20 tahun pasangan itu berkahwin dan masih tinggal di rumah mereka di Surrey.

Pada hujung 2014, Jamie Cooper-Hohn yang merupakan isteri ahli kewangan, Chris Hohn dianugerahkan lebih £330 juta (RM1.8 bilion) dalam penyelesaian perceraian.

Tiga tahun sebelum itu, Galinan Besharova yang merupakan bekas isteri bilionair Rusia, Boris Berezovsky bersetuju menerima antara £165 juta (RM921.4 juta) hingga £220 juta (RM1.2 bilion) dalam kes perceraian mereka. – Agensi/Kosmo

May 13, 2017 at 04:27AM

http://ift.tt/2pH7gCM

from

http://ift.tt/2pH7gCM


No comments:

Post a Comment