http://ift.tt/2q2glXt
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad
ISKANDAR PUTERI 9 Mei – Polis menahan seorang pemotong rumput kelmarin kerana disyaki merogol anak bongsunya yang berusia lapan tahun dalam kejadian Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditahan pukul 4.45 petang di Bandar Kangkar Pulai setelah abang mangsa berusia 13 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Kangkar Pulai di sini pada hari yang sama.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik dirogol pada awal pagi ketika berada di rumah bapanya di Jalan Kunang-Kunang, Taman Desa Permai, Kangkar Pulai di sini.
“Siasatan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau, iaitu pernah dipenjarakan selama empat bulan tahun lalu atas kesalahan mencabul anak sulungnya berusia 27 tahun.
“Siasatan lanjut mendapati suspek sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya sejak setahun lebih,” tambah Noor Hashim. – Utusan
May 09, 2017 at 06:23PM
from
No comments:
Post a Comment