Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Saturday, May 6, 2017

Nelayan Jumpa Keris Ketika Menjala Di Sungai Wales, Disyaki Dari Tanah Melayu

http://ift.tt/2qKqpEq
resim

DAVIES menunjukkan keris yang ditemuinya di dasar Sungai Towy, Wales baru-baru ini.- AGENSI

resim
resim
resim

CARDIFF, Wales – Seorang nelayan yang menjala ikan di Sungai Towy berhampiran bandar Carmarthen dekat sini menemui sebilah keris pada abad ke-18 yang dipercayai berasal dari sebuah negara di rantau Asia Tenggara.

Menurut portal berita MailOnline semalam, sekumpulan pakar tidak menolak kemungkinan bahawa artifak bersejarah yang berusia ratusan tahun itu berasal dari Malaysia.

Bagaimanapun, satu siasatan kini dijalankan untuk menjawab persoalan bagaimanakah keris berkenaan boleh berada di dasar sungai berkenaan.

Menurut nelayan yang menemui keris itu, Andrew Davies senjata itu tersangkut pada jalanya ketika dia sedang menangkap ikan di sungai berkenaan baru-baru ini.

“Saya terjumpa sebilah keris panjang yang tersangkut pada jala.

“Secara jujurnya, penemuan itu agak memeranjatkan kerana ia bukan benda biasa yang saya tangkap,” katanya. – Kosmo

May 06, 2017 at 05:13AM

http://ift.tt/2q9m8O3

from

http://ift.tt/2q9m8O3


No comments:

Post a Comment