Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Saturday, May 6, 2017

Lemang Sushi Ada Inti Di Tengah

http://ift.tt/2qKuGaX
resim

Lemang sushi hasil inovasi terhadap makanan tradisional tersebut.

resim
resim
resim

Lemang dibakar di dalam ketuhar khas.

KUALA PILAH – Siapa menduga, serunding yang dibuat sendiri di rumah dan menjadi kegemaran rakan-rakan, telah membuka jalan perniagaan yang berkembang pesat kepada Zuriati Sulaiman, 50.

Perniagaan yang ditubuhkan pada 2005 menggunakan nama Awie Enterprise, pada peringkat awal hanya mengeluarkan produk serunding ikan bilis dan snek popia simpul.

Selepas dua tahun, menurut Zuriati atau lebih dikenali dengan nama Awie, perusahaannya berjaya menambah kepada produk serunding daging bawah jenama Serunding Nogori.

Kini, perniagaan Awie memasarkan snek popia simpul berinti serunding ikan bilis, udang kering, simpul kasih, selain pelbagai serunding seperti ikan bilis, serunding ayam, serunding daging, bingka kentang dan rendang daging Minang.

Terkini, dia memperkenal lemang sushi, iaitu lemang berinti yang dimasak di dalam ketuhar dan disejukbekukan.

“Idea lemang sushi ini datang daripada suami saya, Azizi Abd. Muin. Dia telah mencipta kaedah terbaharu dalam memasarkan lemang dengan inti di tengah-tengahnya, seolah-olah seperti sushi. Ada beberapa pilihan inti, iaitu serunding daging, serunding ayam dan rendang daging Minang.

“Kami juga memperkenal pelbagai rasa lemang, seperti lemang perisa jagung, pulut hitam, durian, asli dan nanas.

“Alhamdulillah, inovasi terhadap makanan tradisi dari Negeri Sembilan ini menerima pujian daripada pelbagai pihak. Malah, lemang sushi tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

“Lemang ini tidak menggunakan buluh, namun masih dibalut dengan daun pisang dan dibakar di dalam ketuhar khas,” katanya ketika ditemui di Bengkel Pemprosesan Makanan, Pusat Pertanian Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Menurut Awie lagi, lemang sushi tersebut disejukbekukan dan boleh dimasak semula di dalam ketuhar gelombang mikro atau dikukus bagi mendapatkan kembali rasa yang enak dan lembut.

Mempunyai lima orang pekerja, dia mengakui, permintaan untuk serunding dan produk makanan semakin meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan cuti sekolah.

Wanita kelahiran Kuala Pilah itu menambah, pada hari biasa, kilangnya akan menggunakan 20 kilogram (kg) daging mentah untuk membuat serunding.

“Sebenarnya, daripada serunding ini yang membolehkan saya mengeluarkan pelbagai produk lain. Serunding boleh dimakan dengan lemang, ketupat, palas, nasi impit dan makanan-makanan lain,” katanya yang memberitahu produk-produknya boleh dilihat menerusi Facebook zuriati sulaiman, atau serunding nogori dan popia simpul

Melalui inovasi lemang sushi dan serunding, wanita ini sering menjadi juara dalam pertandingan yang disertai.

Antaranya, johan Projek Pengembangan Veterinar Industri Asas Tani peringkat kebangsaan, johan serunding ikan bilis pada Hari Peladang Penternak Nelayan, Negeri Sembilan serta juara produk komersial kategori mikro popia mini MAHA 2008.  – Utusan

May 06, 2017 at 05:46AM

http://ift.tt/2p6bQOF

from

http://ift.tt/2p6bQOF


No comments:

Post a Comment