Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Wednesday, May 3, 2017

Lelaki Malaysia Saman Honda, Takata Lepas Isteri Maut Angkara Beg Udara

http://ift.tt/2pwgYdg
resim
resim
resim

Honda Motor Co mengaku dua nahas, 16 April dan 1 Mei 2016, di Sabah dan Kedah akibat kecacatan beg udara Takata. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 3 Mei ― Seorang lelaki menyaman Honda dan Takata Corp susulan kerosakan beg udara yang menyebabkan kematian isterinya dalam nahas.

Bedah siasat mendapati serpihan tajam beg udara Takata ditemui di tengkorak doktor Nida Fatin Mat Asis, 29, lapor Associated Press hari ini. 

Allahyarham memandu kereta jenis Honda City, yang menggunakan beg udara tersebut, ketika insiden pada 16 April tahun lalu di Sabah. 

Tindakan undang-undang itu difailkan di sebuah mahkamah daerah di Michigan, Amerika Syarikat pada Isnin.

Bapanya Mat Asis Mahnoon menjelaskan saman itu dibuat selepas Takata mengaku bersalah menipu pada Februari dengan menyembunyikan kecacatan beg udara itu. 

Mei tahun lalu, Honda Motor Co mengesahkan dua nahas di negara ini, termasuk insiden di Sabah, akibat kecacatan peralatan keselamatan tersebut.

Satu lagi kes melibatkan nahas di Kedah pada 1 Mei 2016, lapor Bloomberg. Sekurang-kurangnya 16 kematian di seluruh dunia sehingga kini. – MMO

May 03, 2017 at 05:41PM

http://ift.tt/2pwqk8X

from

http://ift.tt/2pwqk8X


No comments:

Post a Comment