LELAKI berkenaan berusaha melepaskan dirinya sebelum dia dibantu anggota polis. FOTO Agensi
Beijing: Seorang lelaki terperangkap pada rel besi di tepi jalan apabila cuba menyelit di celahnya selepas melintas di tempat yang tidak sepatutnya.
Rakaman kamera keselamatan di Bozhou, wilayah Anhui itu merakam lelaki berkenaan melintas jalan pada awal Ahad lalu dan cuba menyelit di celah rel yang tidak tinggi dan boleh saja dilangkah.
Malangnya dia terperangkap dan dilihat berulang kali cuba melepaskan diri, tetapi gagal.
Lima anggota polis kemudian terpaksa dikerah untuk melepaskannya. – Metro
May 27, 2017 at 04:12AM
from
No comments:
Post a Comment