KUALA LUMPUR 21 Mei – Seorang lelaki warga Afrika Selatan nyaris maut apabila kereta mewah dipandunya terbabas dan terbalik di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.26 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Ketika bomba tiba di tempat kejadian, mangsa, Ahmed Amod, 21, sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan.
“Kereta Ferrari dipandu mangsa rosak teruk namun mangsa dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Utusan
..
May 21, 2017 at 08:34PM
from
No comments:
Post a Comment