http://ift.tt/2rccAz7
SEBAHAGIAN penuntut berkumpul selepas kejadian. IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
PENUNTUT Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor maut manakala enam lagi cedera selepas dihempap pokok tumbang Janda Baik, Bentong, hari ini.
Insiden dikatakan ketika menjalani aktiviti survival di air terjun Lata Charok, Janda Baik, pada kira-kira 4 pagi.
Penuntut yang masih belum dikenal pasti identiti meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam yang cedera dikejarkan ke Hospital Bentong dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata 140 penuntut dan empat pensyarah menyertai aktiviti itu.
“Mereka tiba di kawasan air terjun berkenaan pada 11.30 malam tadi. Sepatutnya selesai pada kira-kira 5 pagi.
“Ketika menjalani aktiviti survival itu, sebatang pokok tumbang dan menghempap tujuh penuntut,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, empat penuntut yang cedera dihantar ke Hospital Bentong manakala seorang ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Operasi untuk mambawa turun mayat mangsa masih dilakukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong. – Metro
==
2 disahkan maut
DUA penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) disahkan maut dalam kejadian pokok tumbang di kawasan air terjun Lata Ceroh, Janda Baik, Bentong, hari ini.
Mereka adalah Noorain Mohtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22, dari Sabak Bernam, Selangor.
Kedua-dua arwah adalah penuntut Ijazah Pendidikan Jasmani dari Fakulti Sains Sukan UiTM Puncak Alam.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, jenazah Noorain yang awalnya dilaporkan hilang dijumpai kira-kira 7 pagi.
“Jenazah Muhammad Kamil ditemui pada 12.15 tengah hari. Kedua-duanya ditemui pasukan penyelamat.
“Sebelum ini Muhammad Kamil dilaporkan hilang dan gerakan mencari dilakukan sebelum menemui mayatnya di bawah pokok berkenaan.
“Kita sedang berusaha menggali tanah untuk membawa keluar mangsa berikutan saiz pokok yang agak besar,” katanya.
Selain itu, kejadian pada kira-kira 4 pagi itu turut menyebabkan lima penuntut dikenali sebagai Muaz, Farahanisa, Aini Sofea, Aida Farida dan Muhammad Ammar Afendi cedera dan dihantar ke Hospital Bentong.
Penuntut, Muhd Haziq Radzuan, 21, pula agak parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
Laporan awal menyebut 140 penuntut dan empat pensyarah menyertai aktiviti survival di air terjun Lata Charok, Janda Baik, pada kira-kira 4 pagi.
Mereka tiba di kawasan air terjun berkenaan pada 11.30 malam tadi. Sepatutnya selesai pada kira-kira 5 pagi. – Metro
Mohtar (kanan) bersama isterinya ketika ditemui di rumah mereka di Jalan Parit Satu Barat, Sungai Besar, Selangor. FOTO Mohd Shukor Amin
ANGGOTA Pertahanan Awam (APM) membawa mangsa penyelamat mangsa yang maut dihempap pokok ketika melakukan aktiviti ikhtiar hidup di Lata Ceroh, Janda Baik. – Foto JBPM
Noorain Mokhtar (kanan)
May 13, 2017 at 02:29PM
from
No comments:
Post a Comment