Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain, 28, dan Abdul Muhaimin Mohd Hassan, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa menghalang tugas penjawat awam dengan membawa lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di gerai makan berhadapan Balai Bomba Bagan Jermal, kira-kira jam 8.30 malam pada 4 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Mohamad Amin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam M Puveneswaran.
Pada 5 Mei lalu, media melaporkan dua lelaki melarikan lori milik MBPP selepas gerai mereka diserbu penguat kuasa kerana didakwa berniaga tanpa lesen. – BHarian
May 09, 2017 at 11:54AM
from
No comments:
Post a Comment