http://ift.tt/2oyuJoV
TAYAR plastik tanpa angin bakal menghentikan amalan penggunaan pam dan menjadi lipatan buku sejarah. AGENSI
TOKYO 22 April – Tayar pancit sering menjadi kebimbangan pengguna kenderaan beroda tetapi perkara ini akan dapat diselesaikan apabila sebuah syarikat tayar Jepun menghasilkan rekaan tayar tanpa udara menggunakan bahan kitar semula.
Menurut Mail Online, tayar unik keluaran syarikat Bridgestone itu berbeza dengan tayar konvensional kerana rodanya mempunyai jejari plastik yang keras digunakan untuk menampung berat kenderaan dan penunggangnya.
Tayar futuristik itu mempunyai jejari resin termo plastik, sejenis bahan tiruan yang fleksibel semasa panas dan mengeras semasa sejuk bermakna ia dapat direka kepada pelbagai bentuk.
Jejari plastik itu akan diregangkan di antara hab dalaman tayar getah dan tayar getah yang berada di luar rim dan direka bentuk supaya dapat menyerap hentakan bagi memberikan perjalanan lancar.
Oleh kerana tayar itu tidak mengandungi udara, serpihan kaca, besi tajam dan pelbagai serpihan jalan kini tidak lagi menjadi ancaman kepada tayar.
Bridgestone berkata, roda itu dicipta menggunakan seratus peratus bahan kitar semula.
Malah menurut syarikat itu, pihaknya sedang berusaha menjadikan roda itu boleh dikitar semula sekali gus menghasilkan pengeluarannya yang mesra alam dan mapan.
Roda itu jelas Bridgestone masih pada peringkat rekaan konsep dan mereka berharap dapat memasarkan tayar itu dalam tempoh dua tahun lagi.
Roda yang dibangunkan sejak tahun 2011 dengan menyaksikan produk generasi keduanya dimaju pada tahun 2013, dijangka dapat memberikan kelajuan 60 kilometer sejam kepada kenderaan ringan.
Reka bentuk roda itu adalah berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan syarikat sebelumnya untuk memperkenalkan tayar tanpa udara untuk kereta dan juga kenderaan lain. – Utusan
April 23, 2017 at 12:07PM
from
No comments:
Post a Comment