Tuesday, April 25, 2017

Suami Tumbuk Ikan Jerung Demi Selamatkan Isteri

http://ift.tt/2oZoygf
resim

PETA menunjukkan lokasi Pulau Ascension yang terletak tidak jauh dari St. Helena, sebuah kawasan kepulauan milik Britain kira-kira 1,850 kilometer (km) dari luar kawasan pantai barat Afrika. -GAMBAR/BBC

ST. HELENA 24 April – Seorang wanita Britain nyaris maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang tidak jauh dari Pulau Ascension di kawasan perairan Atlantik Selatan dekat sini, kelmarin.

Wanita tersebut dipercayai terselamat selepas suaminya menumbuk jerung terbabit dalam usaha menghalau ikan pemangsa itu, lapor BBC yang memetik kenyataan satu sumber kepada The Times.

Difahamkan, wanita yang bekerja di St. Helena itu kemudian dirawat di sebuah hospital tempatan sebelum berlepas pulang ke Britain sebaik sahaja rawatan tersebut selesai.

St. Helena terletak di kawasan perairan milik Britain iaitu kira-kira 1,850 kilometer (km) dari luar kawasan pantai barat Afrika. – AGENSI/Utusan

April 25, 2017 at 05:11AM

http://ift.tt/2oZkwo8

from

http://ift.tt/2oZkwo8


No comments:

Post a Comment