KOTA BHARU 23 April – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun diragut oleh empat wanita bertudung dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek terbabit telah mengepung mangsa sebelum salah seorang daripada mereka melarikan rantai emas kanak-kanak berkenaan tanpa disedari.
Bagaimanapun perbuatan tidak bertanggungjawab suspek terbabit terbongkar menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya tersebut selepas ibu bapa kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis.
Video CCTV berdurasi 28 saat yang tersebar luas di laman sosial itu menunjukkan bagaimana wanita terbabit mengepung kanak-kanak tersebut sebelum salah seorang daripada mereka melarikan rantainya tanpa disedari.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kanak-kanak berkenaan bersama ibu bapanya di tingkat dua pasar raya tersebut.
Katanya, pada masa itu, kanak-kanak tersebut berada bersendirian berhampiran ibu bapanya sebelum didatangi empat suspek tersebut.
“Selepas itu, kanak-kanak berkenaan menangis dan mengadu kepada kedua ibu bapanya bahawa rantainya telah dicuri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – Utusan
April 23, 2017 at 03:21PM
from
No comments:
Post a Comment