PENUNGGANG motosikal yang maut di Jalan Maharajalela.
Kuala Lumpur: Tindakan seorang penunggang motosikal mencelah di antara dua lori di Jalan Maharajalela, di sini, mengundang padah apabila dia maut digilis tayar lori itu.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi semalam, mangsa, Mohammad Hassan, 42, didakwa terjatuh sebelum kepalanya digilis satu daripada tayar lori itu.
Ranger Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zul-Atfi Abdul Wahid Amin berkata, dia bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu.
“Setibanya di lokasi, ada seorang lelaki terbaring berlumuran darah di atas jalan,” katanya.
Menurutnya, saksi kejadian mendakwa mangsa terjatuh sebelum kepalanya digilis tayar belakang sebuah lori.
Zul-Atfi berkata, pasukan paramedik dari Hospital Kuala Lumpur tiba di lokasi dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya. - Metro
April 01, 2017 at 10:42AM
http://ift.tt/2mXE1OK
from
http://ift.tt/2mXE1OK
No comments:
Post a Comment