Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Monday, April 3, 2017

Peniaga Wajib Pamer Harga Keseluruhan Tanpa Caj Tersembunyi Selepas Ini

http://ift.tt/2nxWkGj
[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR 2 April – Golo­ngan pengguna selepas ini tidak lagi boleh ‘dipermainkan’ oleh para peniaga dengan caj tersembunyi apabila harga barangan yang dipamerkan akan merangkumi caj-caj lain se­perti cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Menteri Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini kerana kerajaan akan membuat pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 2011 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang.

Menurutnya, langkah tersebut dilihat dapat memberi kea­dilan kepada pengguna dengan membayar harga barangan yang sudah terangkum dengan caj-caj sama seperti yang dipamerkan atau diiklankan.

“Kalau pengguna tengok iklan barang berharga RM100, mereka akan bayar RM100. Semua caj termasuk GST serta cukai perkhid­matan sudah termasuk dan tidak ada lagi caj tersembunyi. Ia dipanggil harga terangkum bagi memberi keadilan kepada rakyat.

“Dengan ini, peniaga tidak boleh mempermainkan pengguna dengan mengenakan caj tambahan yang tidak terdapat pada harga dipamerkan. Buat masa ini kita beri kepada dua sektor dahulu iaitu hotel dan restoran. Kita akan tambah dari semasa ke semasa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai komitmen kerajaan tersebut, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pindaan akta berkenaan tidak lagi boleh memberi ruang kepada golo­ngan peniaga untuk melakukan penipuan demi mengaut keuntungan berganda.

Katanya, kaedah meletakkan harga lebih rendah berbanding apa yang perlu dibayar tidak boleh dianggap sebagai salah satu strategi pemasaran atau cara untuk menarik pelanggan kerana ia menunjukkan sikap tidak beretika peniaga yang mempunyai motif untuk mengelirukan pengguna.

“Peniaga akan menggunakan apa jua kaedah untuk menipu demi menjana keuntungan, begitu juga dengan iklan jualan murah yang banyak mengelirukan semata-mata mahu menarik orang datang membeli.

“Oleh itu, kita harap peruntukan-peruntukan dalam akta ini akan dihuraikan lebih jelas tentang definisi tanda harga yang dibenarkan untuk dipamerkan supaya semua caj sudah dimasukkan sekali dan pengguna tidak perlu membayar caj tambahan lain,” katanya. - Utusan

April 03, 2017 at 04:59AM

http://ift.tt/2nxQQeS

from

http://ift.tt/2nxQQeS

No comments:

Post a Comment