Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Saturday, April 1, 2017

Lembu Diberi Minum Arak Setiap Hari Supaya Dagingnya Lembut

http://ift.tt/2osdUMQ
[Image: 01hmarak_cropped_1491004348.jpg]
DERZELLE menunjukkan arak yang diberikan kepada lembu ternakannya. - Agensi

Chimay (Belgium): Seorang penternak di sini memberi lembu ternakannya meminum empat liter bir setiap hari, kononnya ia boleh menyedapkan lagi daging haiwan itu.

Hugues Derzelle berkata, dia mendapat idea untuk berbuat demikian selepas membaca kisah pengeluar daging di Kobe, Jepun, menyanyi dan memberi haiwan ternakan mereka minum bir.

Walaupun cerita di Jepun itu hanya mitos, Derzelle yakin lembunya tidak akan mabuk, sebaliknya percaya tindakannya dapat melembutkan lagi daging haiwan berkenaan.

Dia mula memberi dua daripada lembu yang diternaknya minum arak sejak November tahun lalu.

Mac lalu, Derzelle menjual kedua-dua lembu berkenaan dan mendakwa, diet khas yang diberikan kepada lembunya meningkatkan harga daging haiwan itu kerana ia lebih bermutu berbanding daging lembu biasa.

Penternak itu kini merancang meningkatkan pengeluaran daging lembu khas itu kepada 500 kilogram pada tahun pertama dan menambah jumlahnya jika pengguna memberi maklum balas positif.

Derzelle bukan penternak pertama yang mengamalkan diet khas untuk haiwan ternakannya.

Di Australia, seorang penternak dilapor memberikan haiwannya memakan coklat dan mendakwa hasilnya amat menakjubkan. - Agensi/Metro

April 01, 2017 at 10:42AM

http://ift.tt/2mXAwrx

from

http://ift.tt/2mXAwrx

No comments:

Post a Comment