Yangon: Dua lelaki Georgia ditangkap di lapangan terbang di ibu negara Myanmar ini bersama wang tunai yang dirompak berjumlah AS$90,000 di dalam seluar dalam mereka.
Polis berkata, lelaki berkenaan, Janggava Revas, 64, dan Narmania Maklkhaz, 51, sebelum itu merompak sebuah pejabat pengurup wang di Yangon, Jumaat lalu.
“Mereka ditemui di Lapangan Terbang Yangon bersama wang berjumlah AS$90,000 (RM396,000) di dalam seluar dalam mereka,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Facebook polis Myanmar.
Seorang pegawai memberitahu wartawan semalam, kedua-dua lelaki itu yang kini ditahan di penjara di Yangon, akan dihadapkan ke mahkamah minggu depan.
Kedua-dua lelaki itu didakwa menipu pengurup wang supaya menyerahkan wang itu sebelum mereka memberinya wang tempatan yang sama nilainya.
“Mereka memberitahu saya mereka akan kembali dengan wang tempatan,” kata pengurup wang, Zaw Win.
Menurutnya, warga Georgia itu yang datang ke Myanmar dengan visa pelancong mengambil wang itu dari sebuah beg yang dia sediakan.
“Mereka meninggalkan pejabat saya dan meninggalkan beg itu. Apabila saya membuka beg itu 10 minit kemudian, saya menyedari lelaki itu sudah mengambil hampir semua wang berkenaan,” kata Zaw Win. – Metro
April 23, 2017 at 10:32AM
from
No comments:
Post a Comment