Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Wednesday, April 19, 2017

Buang Bayi Dalam Kotak Kasut, Gadis Kolej Didakwa Membunuh

http://ift.tt/2p20bwo
Penuntut kolej didakwa bunuh bayi baru lahir

 
resim
resim

ANGGOTA polis mengiringi tertuduh keluar dari bilik perbicaraan. FOTO Che Rani Che Din

Petra Jaya: Penuntut kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini atas tuduhan membunuh selepas membuang bayi perempuan baru dilahirkannya, 11 April lalu.

Tertuduh, Betty Kuleh, 24, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah yang disewa di Sama Jaya Apartment di Muara Tabuan, Kuching kira-kira 6 pagi pada hari kejadian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Belaga dekat Kapit.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman yang kemudian menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia kes itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pekerja pembersihan apartmen berusia 36 tahun menemui mayat bayi yang diletakkan di dalam kotak sebesar saiz kotak kasut kira-kira 10 pagi.

Bayi malang itu dilahirkan suspek kira-kira 6 pagi hari yang sama di dalam tandas rumahnya sewanya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi penemuannya.

Hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek pada 12.30 tengah hari di rumah sewanya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk siasatan lanjut. – Metro

April 19, 2017 at 10:48AM

http://ift.tt/2oTWqM0

from

http://ift.tt/2oTWqM0


No comments:

Post a Comment