Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Saturday, April 1, 2017

Brexit: Britain Gugurkan Undang-undang Eu

http://ift.tt/2otssMn
[Image: image.jpg]
Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU), Donald Tusk memegang surat Brexit yang ditulis Theresa May selepas diserahkan oleh wakil tetap Britain ke EU, Tim Barrow di Brussels, Belgium, kelmarin. - REUTERS


Britain bakal menyusun atur perancangan negara ini untuk menggugurkan undang-undang Kesatuan Eropah (EU) daripada peruntukan perun­dangan negara ini semasa ia men­dedahkan butiran tentang rang undang-undang Great Repeal Bill tidak lama lagi.

Menurut BBC, selepas secara rasmi memulakan prosedur Bre­xit (Britain keluar daripada Ke­satuan Eropah atau EU), barisan menteri berjanji akan mengadakan satu proses peralihan yang stabil dan lancar dengan undang-undang itu akan menamatkan penguasaan hakim EU.

Rang undang-undang itu juga akan menggabungkan beribu-ribu undang-undang EU ke dalam undang-undang United Kingdom (UK).

Pendedahan itu dibuat sehari selepas UK memulakan tempoh dua tahun rundingan menggunakan Artikel 50 Perjanjian Lisbon.

Perdana Menteri, Theresa May menyifatkan penguatkuasaan Artikel 50 merupakan detik bersejarah kerana tidak ada sebarang patah balik dan Britain selepas itu akan membuat keputusan dan undang-undang sendiri.

Oleh itu, beliau menggesa satu perkongsian khas dan mendalam yang menyentuh kerjasama ke­se­lamatan dan ekonomi selain mem­beri amaran bahawa kegagalan mencapai perjanjian akan melemahkan usaha memerangi jenayah dan keganasan.

Sebagai tindak balas, ke­tua rundingan Brexit Parlimen Eropah, Guy Verhofstadt berkata, beliau tidak akan menerima sebarang usaha untuk tawar menawar antara perdagangan dan ke­selamatan.

Ketika ditanya sama ada ke­nya­taan May bersifat ugutan, Verhofstadt berkata, beliau cuba menjadi seorang lelaki budiman dan merujuk kepada seorang wanita, saya tidak pernah terfikir tentang penggunaan ayat ugutan.

Sementara itu, Setiausaha Ker­ja dan Pencen, Damian Green ber­kata, kenyataan May bukannya ancaman namun satu fakta berasas ketika perjanjian baharu mungkin diperlukan di beberapa sektor termasuk perdagangan dan keselamatan. - utusan.com.my

April 01, 2017 at 05:55PM

http://ift.tt/2omNaQT

from

http://ift.tt/2omNaQT

No comments:

Post a Comment