Featured Post

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA)

Twenty Practical Steps to Better Corporate Governance | The Corporate Secretaries International Association (CSIA) Please click the li...

Thursday, April 20, 2017

Amerika Cuma Acah Hantar Armada Perang Ke Korea Utara?

http://ift.tt/2otrHBn
resim
resim 

ARMADA perang Amerika Syarikat diketuai oleh kapal induk Carl Vinson tidak belayar ke Korea Utara tetapi bertindak sebaliknya. REUTERS

TOKYO 19 April – Armada perang Amerika Syarikat yang diketuai oleh kapal induk Carl Vinson tidak belayar ke Korea Utara tetapi bertindak sebaliknya.

Angkatan tentera laut AS pada 8 April lalu berkata, pasukan penyerang akan belayar ke Semananjung Korea di tengah-tengah ketegangan akibat tindakan Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu nuklear seperti mana yang arahkan oleh Presiden AS, Donald Trump.

Bagaimanapun, menurut BBC di Korea, armada perang itu sebenarnya bergerak menjauhi destinasinya pada hujung minggu lalu, apabila belayar melalui Selat Sunda dan Launtan Hindi.

Sebelum ini, Carl Vinson dilaporkan akan bergerak ke Korea Utara dari Singapura selepas membatalkan rancangan untuk singgah di Perth, Australia.

Menurut koresponden BBC, tidak diketahui sama ada kelewatan menghantar armada berkenaan adalah disengajakan bertujuan menakut-nakutkan pemimpin Korea Utara atau berlaku perubahan dalam pelan tindakan atau terdapat kesilapan komunikasi.

Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence memberi amaran bahawa negara itu akan menangkis sebarang ancaman serangan daripada Korea Utara secara menyeluruh dan berkesan.

Pence kini berada di rantau ini bagi meyakinkan sekutu AS supaya membantu mendesak Korea Utara supaya memberhentikan ujian peluru berpandu nuklearnya.

Lawatan Pence ke Korea Selatan itu sehari selepas ujian peluru berpandu terbaharu Korea Utara gagal dan penganalisis menyifatkan ketegangan di rantau berkenaan semakin memuncak.

“Korea Utara adalah ancaman berbahaya dan terbesar kepada keamanan dan keselamatan di Asia Pasifik. Namun kami akan menangkis sebarang serangan mereka dengan sepenuhnya,” kata Pence.

Pyongyang sebelum ini menurut Timbalan Menteri Luar Korea Utara, Han Song-ryol berkata, mereka bersedia menjalankan ujian senjata nuklear dengan lebih kerap untuk tujuan siap siaga sekiranya berperang dengan AS.

Dalam perkembangan sama, Pence turut memberi peringatan kepada China bahawa kapal-kapal tentera AS akan terus menggunakan laluan di perairan wilayah pertikaian Laut China Selatan.

Pence turut berikrar kebanyakan aset ketenteraan termaju AS akan dikerahkan ke Asia Pasifik dalam waktu terdekat. – Utusan

April 20, 2017 at 04:44AM

http://ift.tt/2oMSwE3

from

http://ift.tt/2oMSwE3


No comments:

Post a Comment